CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dec 29, 2010

DIA CALL AKU?

DIA CALL AKU WEHH. HEPI :) HAHA. BORAK SAMPEY KOL 4 PAGI. HAHA.
  1. DIA CAKAP SAL SORANG BUDAK GILA. HAHA
  2. DIA CITA SAL AWEK TUH.
  3. DIA CAKAP AKU NI LAWAKK?

Dec 20, 2010

TAK BISA MEMILIHMU :)

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu, Dalam ruang dan waktu, Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,

Resahku tanpa hadirmu, Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku, Untuk cintainya, Hatiku pun inginkannya, Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

(Korus) Maaf ku tak bisa memilih dirimu Karena kuterhanyut mencintai dia Inilah salahku yang memberi ruang Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

p/s: aku suka lagu ni sbb,, heeee~ kami tak contact pun,, msg pun tak.. errr.. dia dh lari jauhh dari hidup aku. pastuh, aku knal sorg guy :) and he is seriously errr. entahh. MENARIK,. dia dtg saat aku perlukan teman. yaahh. kami TEMAN. and ari ni, i'll let him go~AMIRUL ASYRAF ABDULL MAJID :) out of my life. insyaAllah. may ALLAH bless.

Dec 16, 2010

today is HARI ASYURA :) and aku baru tahuu.

sad mode :) jahill nya akuu. tak tau pun hari ni hari asyura. thanks ALLAH. coz anta mira untuk bagitau aku. aku tgk mira punya status kat fb pasal satu link tu. nama dia, www.owhsomuslim.com. i thought dat was mira's blog. bila aku bukakk,, wooow! cantik sgttt! pic dia kiut2. sukaaa sangat2. n tetiba aku terbaca pasal hari asyura,. ekk? apa tuhh? then aku tanya miraa. and then historyyy. nih aku tunjok pic2 diaa :)
tapi tak pe,, aku lehh puasa lagi esok hari :) yeayyy!
dari pic ni la aku tau pasal hari asyura tuhh . kiut kan :)
layarilah kalo mauu. web ni menyebarkan the beauty of islam. iloike :)

ohh. here, let me show you my idol :)

he's JERRY HSU. and im having a major crush wif his shoes :) wish to hav one.
its mike mcgill. he plays like theres no one could defeat him. GOSH!

Dec 15, 2010

SERIBU KALI CINTA :)

ohhh. i loike this drama. i don even know wat is so special bout this drama. haha. amnesia. cam ne seorang lelaki boleh suka kat pompuan tuhh, sedangkan dia tau yg gurl tuhh ada penyakit. erkkk. cam tak waras je kan. tapi tuhh laa. cinta itu buta :) haah. ye la tuhh. hehehehe. aku nak gak laki cam tuhhh! yerrr~ brangan je keja. haiyaa.,

Dec 14, 2010

renug-renugkan dan selamat beramal :)

Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang sangat miskin dan miskin...dan miskin. Kenapa saya ulang sampai tiga kali? Teruskan membaca baru dapat rasa betapa miskinnya pemuda ini. Kasihan!

Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi 'tetamu tetap' di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggalnya memang di masjid. Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu; kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana. Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya.

Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati...

"Urm, bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka? Aduh! Aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri," pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa.

Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung. Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi.

"Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!"

Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar. Ya, dia memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni buat sementara waktu. Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut.

Sebiji TERUNG!

Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung. Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak.

"Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama. Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu"

Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.

Esoknya...

Penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya kuliah pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran. Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati tok imam yang telah memberikan pengisian petang itu.

"Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu..." rayu wanita itu.

"Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah... jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu."

"Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia," esakan mulai kedengaran.

"Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam."

Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya.

"Aku... aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini," ujarnya.

"Apa benar kau ingin aku membantu mu?" tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk.

Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang.

"Wahai pemuda, mahukah kamu ke mari?" Perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut.

"Sudikah kau mengahwini wanita ini?" pantas imam tua itu menyoal.

"Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung orang lain!" jujur pemuda itu menjawab.

"Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan hartamu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari ancaman luar," balas wanita tersebut.

Diam. Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan.

Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata;

"Sekarang pulanglah kamu bersama suamimu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang."

Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah selamat menjadi suaminya.

"Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untukmu, wahai suamiku."

Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya.

"Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?" soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Jangan-jangan...

"Silalah makan dahulu," kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu.

"Ya Allah... adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?"

"Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar," jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya.

"Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? Se.. sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumahmu semalam dan menggigit terung ini," akui pemuda itu ikhlas. Berubah wajah wanita itu.

"Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu... aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku," ujar pemuda itu sambil tertunduk menangis.

"Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkanmu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akanmu. Tahukah kau mengapa?" soalnya.

Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya.

"... kerana sifat TAQWA mu! Kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? Kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepadamu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semula kepadamu kerana KETAQWAANmu itu," ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.

Jika pembaca dapat menilai kembali kisah ini daripada asal, apakah 'main point' yang saya ingin sampaikan?

Ia adalah tentang TAQWA.

Kerana takutkan Allah, pemuda itu telah meninggalkan semula terung yang digigitnya ke tempat asal. Dia malu kepada Allah, dan dia benar-benar takut Allah akan menghukumnya. Kerana TAQWA yang ada padanya, Allah membalasnya semula bukan sahaja terung yang selamat digigitnya tanpa izin, tetapi termasuk tuan empunya rumah dan isi rumah tersebut kepadanya. Semuanya secara HALAL tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Akan tetapi bukan harta dunia yang dikejar, tetapi rasa takut yang berterusan kepada Tuhan yang Maha Melihat, yang Maha Mengetahui dan yang Maha Pengasih, dalam melakukan sesuatu walaupun ia hanya sekecil-kecil hal (dalam kisah ini: mencuri sebahagian kecil terung!). Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Firman Allah dan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Surah Al-Hasyr: 18)

Kemudian Allah sambung lagi dalam surah yang sama, ayat seterusnya;

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehinggalah Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Hasyr: 19)

Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

Dan banyak lagi firman Allah dalan Al-Quran tentang taqwa. Marilah berusaha menjadi orang-orang yang bertakwa demi menggapai redha-Nya dalam setiap inci pun yang kita lakukan. Kita masih lagi ada masa.

Oh ya! Sebenarnya space yang sengaja saya tulis 'dot-dot-dot' pada tajuk di atas adalah sebenarnya:

"Kisah Pemuda, Janda dan TAQWA".

Moga kisah ini bermanfaat untuk semua termasuk diri saya.

10 facts bout me :)

believe it or not~ ITS YOUR CHOICE :)
1. im CUTE.
-HAHA. perasan actually.
2. PANAS BARAN.
-ni tak tipu. aku paling cepat marah. meawarisi ayah,. haha.
3.PENDENDAM.
-once i hate you, i hate you forever.
4.TALKATIVE.
-sbb tu member2 slalu suroh diam :)
5.IM A HOCKEY KEEPER :)
-haha. bangga tauu.
6. PEMALU.
-aku akan tunduk kepala apabila bercakap dgn org yg aku baru kenal.
7.SUKA MELAWAK.
-walaupun tak lawak. haha
8. CEPAT MELATAH.
-gabra sangat bila ada prob.
9.GOOD LISTENER.
-sapa2 yg rasa nak kena puji, meh cni kat aku.
10.SUKA KETAWA.
-ni yang paling penting okehh?

ohhh SKATE.

Malam yang sunyi

PENGAKUAN BERANI MATI::
Saya rindu kakak saya!! haha. rndu nak dgr dia calling malam2. haha. cam best je. haha. sori lah kak. tapi aku bosan la dgr sora kau tiap mlm. haha. pa la . tapi aku akui la,, malam2 mmg sunyi kalo tak de akak. aku senanya jarang sangat pegang lappy kalo kaka ada, coz akak aku gla facebook. haiyya. apa la malang nasib kena mngalah dgn akak. haha. hey kak~ cepat la abs paper spm tuhh. rndu la kat kohh~

Life as a student~

Sainsku.. haha.. aku akui,, aku tak caya aku dapat masok skolah tuhh.. adehhh. haha. plek semacam je kan? believe it or not~ Asrama.. hidup kat asrama tak semudah yang aku sangka kan.. ye lahh,, masa kecik2 dulu.. tengok akak masok asrama cam bes je.. jauh dari parents. (bkn nya apa ekk. mls nak wat keja umah then dgr mak membebel ) tapi plek gak bila tengok kakak nangis2 tak nak balik asrama waktu dia form1 form 2. haha. Nak tergelak pun ade kann. ye lahh. dalam otak aku masa tuhh *apa la akak ni malas belajar,, sekolah tuhh la masa paling bes* HAHA. pe lahh. bila dapat je tawaran tuh, terus kata YES. cehh, semangat la tu. tapi,, bila skarangg. aiyaaa. macam nak nangis je bila nak balik asrama. huhu. TAK NAK! haha. tu laa. cakap je lebih. habuk tak da.. haha. i bet skarang ni,, mesti adek aku pun berfikiran seperti aku masa kecik2 dulu.. haiyaa.

rindu Rasulullah terhadap kita . subhanallah.

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Mesir masuk ke 'Fasa paling bahaya' pembinaan tembok besi =[

Jumaat ,22/10/2010 – Kereta kren besar yang bekerja dekat Gerbang Salah Ed-Din, pemisah antara Jalur Gaza dan Mesir kini sudah masuk ke fasa menanam plat besi jauh ke dalam tanah, untuk menghalang rakyat Palestin yang selama ini boleh menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah.

Tembok hampir siap ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, dan ditambah dengan plat bawah tanah yang berukuran 5 cm tebal dan 20 m dalam (klik pada gambar) akan merangkumi jarak sejauh 10 km merentasi Rafah yang terletak bersebelahan dengan Gaza.

Datuk Bandar Rafah (di Selatan Gaza), Isa An-Nashar, menjelaskan bahawa pihak Mesir bekerja siang dan malam untuk menanam plat besi ke dalam tanah di zon Salah Ed-Din ini (yang merangkumi 2 km), dan menjelaskan lagi bahawa kerja-kerja ini sudah bermula sejak awal bulan lagi, hanya kawasan ini (Salah Ed-Din) yang berbaki untuk dilengkapkan dengan plat bawah tanah.

kisah cinta FACEBOOK =]

Kehadapan suamiku yang aku cintai kerana Allah... hari ni genap setahun aku mengenali dirimu... walaupun melalui Facebook, kita mesra... seolah-olah sudah lama mengenali... rupa-rupanya kamu adalah senior di sekolah dulu...

Mungkin kita pernah bersua, berselisih jalan, beratur di barisan yang sama 10 tahun lepas... namun, siapa sangka siapa menduga... perkenalan yang tidak pernah terjadi 10 tahun lepas... menemukan jodoh kita...

Alhamdulillah... kita ditemukan dengan kemajuan teknologi... melalui Facebook... di bulan syawal... perkenalan yang tidak dirancang...

"Salam... pernah ke kita bersua? Kenapa awak add saya?"

Aku menjawab : "Gerak hati?? Tak tahu nak kata... saya masih di Selangor... awak ni senior sekolah dulu kan?"

"Saya kerja dengan *****. Macam susuh je nak terangkan. Boleh faham ke? Hehe. Jadi, kena panggil abang senior la ni?"

Kami bertukar cerita... dalam 24jam... Kami telah bertukar nombor telefon; berborak dan mendengar suara.

Hanya selepas 3 hari berkenalan, kami berjumpa.

26 September 2009 tarikh keramat.

Di bawah sepohon pokok besar dihadapan rumah sorang kenalan.... Aku bersama kereta aku menunggu penuh debaran disitu... menunggu dia keluar... Aku gementar... takut juga kalau diperdaya... pengalaman lalu mengajar aku berwaspada...

Soalan pertama yang aku tanya, "mana lesen?"

Maka dia pun menunjukkan lesen international nya( dia baru pulang dari belajar dan bekerja di England)... aku dengan selamba bertanya...

"Mana lesennya? Ini kad pengenalan antarabangsa.."

Dia menjawab dengan yakin, "ada dalam chip tu."

Tidak ku sangka itu lah pertanyaan pertama yang tidak begitu romantis... di pertemuan pertama... dia dengan tenang memasuki kereta dan memanduku ke kedai makan berhampiran...

Kami duduk dan bersembang.. sambil aku minum milo dan dia bersama roti canai kegemarannya... selesai disitu... aku membawanya pulang ke rumah untuk dikenalkan kepada keluarga... dia berborak sambil menonton perlawanan bola bersama abang-abangku...

Tanggal 5 Disember 2009, aku dirisik... kemudian kami bertunang pada 1 Januari 2010 dan alhamdulillah bernikah pada 13 Jun 2010...

Segalanya pantas... namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia...

Kini aku bergelar isterinya... akan aku abadikan segalanya untuk suamiku...

Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Semoga perkenalan di Facebook kekal hingga ke syurga.. aku berdoa kepada-Mu ya Allah.. "kekalkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke syurga... jadikan lah aku bidadari suami ku di akhirat nanti..."

The REAL me !

Bismillahirrahmanirrahim.. Semestinya,, semua org tertanya2 mengapa saya di blog tidak sama seperti di FACEBOOK. sesungguhnya,, tiada apa lagi yg saya cari selain ketenangan.. Sememangnya,, saya sudah menjadi diri sendiri di blog. Azam tahun baru saya mmg nak berubah. Ke jalan ALLAH. Hidup pun dalam keadaan ADDIN. InsyaaAllah.. pintu itu sentiasa terbuka,. Dan saya hanya mampu bersdoa semoga sentiasa diberi hidayah oleh Allah SWT.

Bibit- bibit Cinta TERAGUNG . subhanallah.

Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama, dugaan 'virus merah jambu' menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.

Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, menjadi senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku, entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun aku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.

Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang aku dapat.

Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, aku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?

**********

Tahun berikut.

Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).

Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama.'

Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membacanya.

"Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa?"

Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********

Esoknya.

Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.

Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.

Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********

2 hari selepas itu.

Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!

Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak."

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya."

Sesudah solat Isyak, aku duduk di antara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.

Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada Tuhan aku pohonkan.

"Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapan-Mu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati mati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam neraka-Mu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para wali-Mu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah pada-Mu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.

Amiin Ya Rabbal Alamin..."

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan Tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : "Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, aku merasa belum sempurna ibadahku. Aku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama aku menunaikan solat sunat hajat dengan sepenuh hati. Kemudian, aku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah s.a.w menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.

"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini."

************

Pada rakaat pertama, aku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Aku bangun, untuk rakaat kedua. Aku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian aku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah s.w.t. sahaja.

Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?

Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.

Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.

Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Aku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.

Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh Tuhanku.

Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.

Semoga kita mendapat hidayah Allah. amin

Dec 13, 2010

Damba CintaMU .

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu Ku sering melanggar laranganMu Dalam sedar ataupun tidak Ku sering meninggalkan suruhanMu Walau sedar aku milikMu Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar Pagi ku ingat petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah aku jahil Tanpa pimpinan dariMu Ku sering berjanji depanMu Sering jua ku memungkiri Ku pernah menangis keranaMu Kemudian ketawa semula Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun Kepada hamba-hambaMu Selangkah ku kepadaMu Seribu langkah Kau pada ku Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu Ku takut kepadaMu Ku harap jua padaMu Moga ku kan selamat dunia akhirat Seperti rasul dan sahabat Aminnn Ya Rabbal Alamin =]